![]() |
Foto Head Topics |
PARLIMEN - Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri, sejak dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9, telah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia pada 22 Ogos 2021.
Keluarga Malaysia diwujudkan bagi menyeru rakyat Malaysia mengetapikan perbezaan dalam memulihkan semula negara bagi menggembeleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik Covid-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Untuk itu, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan kempen Keluarga Malaysia yang merangkumi pelbagai apsek termasuk pengiklanan dan promosi melalui pelan komunikasi, brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan media sosial.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abd Latiff Ahmad berkata, peruntukkan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 / Keluarga Malaysia.
Ahli Parlimen Mersing, Dr Abd Latiff Ahmad dari Bersatu terdahulu menjawab soalan lisan dari Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) yang bertanya mengenai kos keseluruhan untuk kempen Keluarga Malaysia.
Sumber: MalaysiaKini