Slider

Ketua Menteri minum air sungai untuk buktikan kebersihannya, alami sakit perut & dimasukkan ke hospital



Seorang ahli politik India yang minum segelas air diambil secara terus dari 'Sungai Suci' (Sungai Kali Bein) yang tercemar hanya untuk menunjukkan kepada penduduk bahawa air sungai itu selamat untuk diminum, berakhir dengan dirinya dimasukkan ke hospital beberapa hari kemudian. 


Ahad, 17 Julai 2020, ketika melawat Sultanpurlodhi, Ketua Menteri Punjab, Bagwant Mann, minum air sungai tersebut yang menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan. 


Sebelum itu, Baghwant diiringi oleh pegawai tempatan, orang tua Sikh dan juga wartawan yang menyaksikan sendiri dia membongkok mencedok air sungai itu.


Baghwant kemudian meneguk air tersebut untuk menunjukkan kepada penduduk bahawa air itu selamat untuk diminum. Perbuatannya menerima sorakan dan tepukan dari mereka yang berada di sekeliling ahli politik berkenaan. 


Beberapa hari kemudian, Timbalan Pesuruhjaya Ashok Kaura memberitahu media bahawa, air kumbahan dari bandar dan kampung berdekatan telah mengalir ke sungai itu. Malah dia kesal kerana tidak sempat menasihatkan Bhagwant untuk tidak meminum air sungai berkenaan. 


Pada hari Selasa, saluran media di seluruh India melaporkan Bhagwant terpaksa dihantar ke hospital di Delhi susulan dia mengalami sakit perut yang sangat teruk. 


"Ketua Menteri Punjab secara terbuka meminum segelas air tercemar dari 'sungai suci' untuk membuktikan bahawa air itu bersih. Dia kini dimasukkan ke hospital," ciap Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik Universiti Uppsala, Ashok Swain. 


Bagaimanapun, jurucakap Ketua Menteri Punjab menafikan dakwaan itu dan menegaskan Bhagwant dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin, tiada kaitan dengan aksi bodohnya itu. 


Tetapi pada Khamis, beberapa saluran berita tempatan dimaklumkan, Bhagwant masih dirawat di hospital kerana jangkitan bakteria di dalam perut. 


Sumber: Oddity Central

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo