Slider

Kilang di Miri kantoi sorok minyak paket bersubsidi lebih 2.1 tan, diserbu KPDNHEP

Foto hiasan | Berita Harian



Sebuah kilang kitar semula minyak masak di Senadin, Miri didapati menyembunyikan bekalan minyak masak bersubsidi, diserbu pihak berkuasa. 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kemudian merampas lebih 2.1 tan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram dan turutt menahan seorang lelaki yang merupakan pekerja kilang tersebut. 


Jurucakap KDPNHEP berkata, pihaknya telah menjalankan risikan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan itu. 


Pemeriksaan mendapati, minyak masak paket satu kilogram itu terdahulu dikumpul sebelum diisikan ke dalam tangki berkapasiti 1,000 liter.


"Berdasarkan jumlah minyak masak dalam paket yang ditemui, nilai rampasan itu berjumlah RM5,272.50. Pekerja kilang terbabit dikenal pasti menggunting paket plastik dan kemudian memasukkan minyak masak itu ke dalam tangki sebelum dijual kepada pihak industri. 


"Kilang terbabit membeli minyak masak bersubsidi secara pukal sebelum menyembunyikannya," katanya. 


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo