Slider

'Ladang Durian Musang King bukan punca berlakunya bencana banjir' - Pemilik (MBI Kedah)

Foto Blog Sensasi



Pemilik ladang durian Musang King tampil menafikan dakwaan penduduk Baling kononnya projek pembangunan ladang di Gunung Inas itu punca utama berlakunya bencana banjir baru-baru ini. 


Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) berkata, bencana banjir itu mungkin disebabkan hujan lebat untuk tempoh yang lama dan sungai yang terbabit tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang besar menjadi penyumbang utama kepada banjir. 


"MBI Kedah berpandangan bahawa, pembangunan ladang yang membabitkan lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan itu tidak menjadi punca kepada kejadian banjir berkenaan. 


"Selain itu, tiada aktiviti pembukaan tanah dan penyediaan tapak yang baharu bagi tujuan pembangunan ladang dalam kawasan itu bermula Disember 2020 hingga kini," katanya. 


Jelas MBI Kedah lagi, pihaknya bersama syarikat usaha sama telah mendapat kelulusan kawasan bagi pembangunan ladang hutan di kompartment lapan Hutan Simpan Gunung Inas seluas 1,074 hektar. 


"Kawasan yang dibangunkan dengan penyediaan tapak adalah seluar 600 hektar dan secara keseluruhannya, keluasan kawasan yang telah ditanam adalah seluas 52 hektar. 


"Manakala keluasan kawasan komparment tujuh dan lapan yang membabitkan aliran air (kawasan terimaan hujan) ke Sungai Kupang dalam anggaran keluasan 7,560 hektar. 


"Pembangunan projek ladang MBI Kedah dan syarikat usaha sama pula adalah seluas 600 hektar yang meliputi lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan berkenaan. Jadi, pembangunan itu tidak menjadi penyumbang kepada kejadian berkenaan," katanya. 


MBI Kedah turut menegaskan, kerja-kerja penyediaan tapak itu telahpun dihentikan pada pertengahan tahun 2019 susulan pandemik Covid-19 dan pada Disember 2020 di mana Jabatan PErhutanan Negeri Kedah (JPNK) telah mengeluarkan arahan rasmi penangguhan sementara kerja-kerja pembangunan ladang sehingga kini. 


Sumber: Berita Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo