Slider

Lelaki hina Islam mengaku bersalah dan bayar denda RM50,000

Foto Utusan Malaysia



Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap penghantar makanan, Mohd Nor' Muzil Mohd Razalli, 39, yang didapati bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. 


Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah, dan turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. 


Tertuduh bagaimanapun memilih membayar denda itu. 


Hakim Ahmad Rizki berkata, perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan perlu insaf atas kesalahan yang dilakukan, selain bertaubat. 


"Kesalahan ini serius kerana membabitkan sensitiviti agama dan mengugat keharmonian masyarakat di Malaysia, serta hantaran video itu ditonton di seluruh dunia. 


Dalam pengakuannya, tertuduh mengakui dia secara sedar membuat kenyataan itu di aplikasi YouTube dengan niat mahu menyakiti hati orang lain pada 16 Julai lalu. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azizah Aling, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo