Slider

Luiz beri dadah (naikkan nafsu syahwat) kepada 2 lelaki sebelum diperkosa



Seorang lelaki didakwa di mahkamah London atas pertuduhan memberi dadah afrodisiak (menaikkan nafsu syahwat) kepada dua lelaki untuk melemahkan mereka sebelum diperkosa. 


Tertuduh, Luiz Da Silva Neto, 35, memperkosa seorang lelaki dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa lain di sebuah kotej di Middle Barton, Oxfordshire selepas mereka bertemu di kelab malam Raffles. 


Menurut laporan Metro UK, kedua-dua mangsa bangun dalam keadaan tidak berpakaian dan tidak menyedari apa yang telah berlaku ketika serangan berasingan pada November dan Disember lalu. 


Tertuduh menyasarkan lelaki heteroseksual kerana percaya mangsa tidak akan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. 


Difahamkan, tertuduh mencampurkan dadah dengan minuman mangsa yang menyebabkan mereka khayal dan mengalami halusinasi. 


Mangsa pertama mendedahkan, dia tertidur dengan berpakaian lengkap tetapi sebaik saja bangun, dia mendapati dirinya berbogel dan terasa dirinya seperti lumpuh. Keesokan harinya dia ternampak picagari kosong dan yakin bahawa dia telah diberi dadah. 


"Ini pengalaman terburuk yang pernah saya alami. Saya heteroseksual, saya katolik dan ia adalah sesuatu yang perlu saya terima," katanya. 


Mangsa juga melabelkan tertuduh sebagai individu berbahaya kepada masyarakat dan perlu disumbat ke dalam penjara. 


Bagaimanapun, tertuduh mendakwa hubungan seksualnya dengan mangsa adalah dilakukan secara sukarela dan menafi dakwaan memberi dadah kepada mangsa. 


Juri di Mahkamah Oxford Crown membuat keputusan bahawa tertuduh bersalah di atas pertuduhan merogol, mencampurkan bahan dengan niat dan dua pertuduhan menyebabkan seseorang melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran. 


Mahkamah akan menjatuhkan hukuman terhadap Da Silba Neto pada Khams depan. 


Sumber: Metro UK, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo