Slider

Mayat budak perempuan ditemui dengan kesan jerutan di leher, ibunya ditahan

Foto Utusan Malaysia



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui tidak bernyawa dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, semalam. 


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 4.55 petang dengan kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut di bahagian leher. 


"Siasatan awal mendapati, tiada kesan kecederaan lain pada badan mangsa. Keterangan saksi telah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar," katanya. 


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. 


Polis turut menahan ibu mangsa berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut kerana kenyataan yang diberikan wanita itu didapati tidak konsisten.


Suspek direman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo