Slider

Mayat wanita hamil ditemui berpelukan dengan ibu mentua yang menghidap strok

Foto Astro Awani



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan, mayat dua mangsa banjir di Baling yang dilaporkan hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras ditemui dalam keadaan berpelukan.


Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, yang menghidap penyakit strok, ditemui pada jam 9.30 pagi tadi di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka dihanyutkan arus deras. 


"Kita fokus pencarian dalam radius awal lebih kurang 100 meter dari kawasan rumah mereka dan Alhamdulillah dalam jam 9.30 pagi tadi, mangsa berjaya dikesan anggota pasukan STORM. 


"Mereka nampak kaki mangsa terperangkap di bawah bongkah kayu, berkemungkinan mangsa hanyut bersama bongkah kayu dan tersangkut di kawasan yang kita temui itu. 


"Apabila dikeluarkan, ada seorang mangsa di situ. Mangsa pertama adalah wanita mengandung, Nurul Anis, dan di bawah mangsa pertama tadi ditemui mangsa kedua. 


"Kedua-dua mangsa ditemui berpelukan, di lokasi sama dalam tempoh sama. Lima belas minit kemudian, mangsa kedua berjaya dikeluarkan selepas mangsa pertama dikeluarkan," katanya. 


Sementara itu, mangsa ketiga, Mohd Khairul Ikhwan, juga berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi dua mayat ahli keluarganya. 


Sumber: Astro Awani, Malaysia Gazette

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo