Slider

Mizz Nina nafi rumah tangganya dengan Noh hujan berantakan

Foto Media Puyu



Baru-baru ini, penyanyi Noh Salleh digosipkan kononnya rumah tangganya bersama Mizz Nina sedang dilanda masalah. 


Vokalis Hujan itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa pihak media sudah ketandusan cerita sehingga bertanya mengenai gosip yang tidak berfaedah apatah lagi menurunkan harga barang yang sedang dihadapi rakyat ketika ini. 


"Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu. Berita palsu, anda semua kena tipu. Good luck. 


"Tak sangka ada cerita begini pula timbul. Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan. Saya faham kelemahan media kita, lagi fokus pada benda merepek. 


"Pada saya hal peribadi adalah peribadi. Saya keluar untuk menonjolkan karya saya dan seni saya. Bukan jual kisah peribadi saya," tegasnya yang membuatkan segelintir wartawan yang menembualnya ketika itu 'koyak'. 


Beberapa hari kemudian, Mizz Nina pula berkongsi luahan yang dikatakan oleh netizen kononnya dia sedang melalui saat-saat sukar. 


"Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar. Namun ganjarannya begitu indah. 


"Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif. 


"Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik, namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang. 


"Mungkin kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan. 


"Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah di sebaliknya atau tidak. 


"Suatu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui," katanya. 


Bagaimanapun hari ini, Mizz Nina tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah dan menjelaskan bahawa luahan itu bukan kenyataan dari dirinya. Sebaliknya, ia adalah kenyataan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi Qalbyapp FB. 


"Ini bukan kenyataan saya. Ini adalah paparan yang dimuat naik semula dari sebuah aplikasi. Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja," katanya di Instagram. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo