Slider

'Nanti kita dituduh zalim kepada rakyat' - Ismail akui sukar kawal penjualan minyak masak bersubsidi kepada rakyat

Foto The Star



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengakui pemberian minyak masak bersubsidi jenis peket 1 kilogram (KG) kepada golongan sasaran adalah sukar dikawal kerana terdapat pihak peniaga atau restoran berskala besar turut menggunakan minyak tersebut. 


Kerajaan katanya tidak dapat mengambil tindakan terhadap golongan peniaga tersebut kerana bimbang dituduh menzalimi mereka. 


"Yang susah nak kawal ini adalah minyak masak peket untuk kegunaan rumah, tetapi pengusaha restoran besar gunakan.


"Tak sampai hati nak ambil tindakan terhadap makcik-makcik goreng pisang. Itu salah satu sebab minyak masak peket tak boleh komersial tetapi jika penguat kuasa nak saman makcik tukang masak atau rampas minyak masak mereka, nanti kita dituduh zalim kepada rakyat," katanya. 


Walau bagaimanapun, kerajaan tidak akan berdiam diri dan kini sedang berusaha meneliti mekanisme yang bersesuaian untuk melaksanakan subsidi bersasar agar tiada golongan yang memerlukannya tercicir. 


"Ini bukan sesuatu perkara yang mudah dan ada perkara perlu dipertimbangkan. Kerajaan tidak berdiam diri dan perdana menteri tak boleh dikatakan tak lakukan apa-apa tindakan. InsyaAllah kita akan lakukan terbaik untuk negara," katanya. 


Lapor Free Malaysia Today, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 6 Julai lalu mengatakan minyak masak peket 1kg hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli dan digunakan untuk tujuan komersial. 


Tetapi, peniaga kecil adalah dikecuailikan daripada larangan itu. 


Sumber: Free Malayia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo