Slider

Pantai 'diserang' obor-obor, sektor pelancongan Israel rugi lebih RM44 juta



Sektor pelancongan Israel dilaporkan terjejas sehingga menyebabkan kerugian lebih AS$10 juta (RM44.55 juta) setahun ekoran 'serangan' obor-obor di sepanjang pantai negara haram itu. 

Orang ramai termasuk pelancong dinasihatkan untuk tidak mandi di kawasan perairan yang terjejas. 


Situasi itu sekali gus memberi amaran bahaya mengenai ketidakseimbangan ekologi kerana perubahan iklim. 


Selain itu, loji nyahmasin air laut yang menjadi sumber air bersih bagi penduduk Israel laknatullah juga terancam kerana dibimbangi obor-obor akan tersumbat dalam loji tersebut. 


Turut menerima kesan yang sama, industri perikanan Israel berikutan populasi obor-obor dilaporkan meningkat di kawasan tersebut. 


Menurut seorang renjer marin, Guy Lavian berkata, air laut menjadi semakin panas dan dapat dilihat kehadiran sejumlah besar hidupan laut itu. 


"Ia boleh menyebabkan banyak kerosakan. Anda pasti boleh mengatakan bahawa pemanasan global menyumbang kepada jumlah obor-obor yang banyak ini," katanya. 


Obor-obor dikatakan gemar dengan suhu yang lebih panas dan akan berebut dengan hidupan marin lain untuk mendapatkan sumber makanan. 


Sumber: Reuters, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo