Slider

'Petronas, Tajuddin akan keluarkan kenyataan sendiri' - Jawapan ringkas PM buat rakyat kecewa



Di kala banyak pihak menuntut penjelasan dari Putrajaya berhubung isu dua aset Petronas di Azerbaijan telah dirampas oleh waris Kesultanan Sulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak 'menggelabah' ketika ditanya mengenai perkembangan isu tersebut. 


"Petronas akan buat statement," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan. 


Petronas dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan, dua asetnya di Azerbaijan itu telah dilupuskan dan hasilnya sudah dipulangkan. 


Ismail sekali lagi ditanya oleh media mengenai status Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini dikatakan telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, namun namanya tiada dalam senarai penerima watikah pelantikan di Istana Negara, semalam. 


Semalam, Tajuddin enggan memberikan komen mengenai perkara itu dan meminta media merujuk isu itu kepada Wisma Putra.


"Tiada komen, tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today. 


Bagaimanapun hari ini, Ismail menjelaskan Tajuddin akan mengeluarkan kenyataannya sendiri berhubung perkara itu, sekali gus menjawab semua persoalan semua pihak yang tertanya-tanya dengan status perlantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. 


"Tajuddin akan keluarkan kenyataan," katanya ringkas. 


Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dengan 'kenyataan ringkas' yang dikeluarkan oleh Ismail yang dilihat seperti 'perlahan' dalam menjawab persoalan ramai yang mahukan penjelasan segera dari kerajaan. 





Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo