Slider

Polis buru suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh pasangan suami isteri

Foto Mohd Faizal Hassan


Polis kini sedang memburu seorang lelaki berusia 61 tahun, dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan pasangan suami isteri di Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, suspek, Ng Chun Ming, merupakan adik kepada mangsa lelaki yang ditemui tidak bernyawa bersama dengan isterinya yang dipercayai dibunuh. 


Mayat kedua-dua mangsa ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.


Gambar suspek turut didedahkan bagi memudahkan orang ramai mengecam suspek dan seterusnya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. 


Suspek yang mempunyai rekod 325 Kanun Keseksaan dilaporkan masih bebas dan melarikan diri dengan Proton Saga dengan nombor pendaftaran PHU8608. 


Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Nor Azalina di talian 013-6282176. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo