Slider

Populariti mendunia selepas hampir sedekad lelaki Thailand ini berpenampilan seperti Dominic Toretto



Arthid Duangsri, lelaki berusia 38 tahun dari Chiang Rai, Thailand menjadi popular dan digelar sebagai Thai Vin Diesel setelah hampir sedekad tampil bergaya seperti Dominic Toretto, watak utama dalam filem Hollywood, Fast & Furios. 


Sekiranya anda pernah pergi di Chiang Rai, bandar di utara Thailand, pastinya pernah melihat Vin Diesel versi Thailand ini memandu 'muscle car', menyerupai Vin Diesel yang sebenar. 


Arthid mungkin merupakan orang yang paling popular di bandar itu atas usahanya membina kemahsyuran sebagai Dominic Toretto selama bertahun-tahun. Dia bukan sahaja 'menyamar' sebagai Vin Diesel apabila keluar di tempat awam atau menghadiri acara khas, malah dia sebenarnya hidup sebagai Vin Diesel versi Thailand sepenuh masa. 


Difahamkan, Arthid sebelum ini berambut panjang dan bermisai merupakan penari dalam kumpulan tempatan. Dia kemudian diberitahu oleh rakannya (2014) jika dia membotakkan kepala, dia akan kelihatan seperti Vin Diesel. Teruja dengan 'pujian' itu, Arthid mengambil keputusan untuk mencuba mengubah penampilannya. 


Selepas membotakkan kepala, Arthid sedar bahawa dia tidak dapat menyamai Dominic Toretto tanpa pergi ke gim. Lalu mula bersenam setiap hari sehingga mendapat bentuk badan yang sesuai dan memakai baju ketat seperti Toretto. Tidak cukup dengan itu, Arthid juga membina 'muscle car' bersama dengan abangnya. 


Walau bagaimanapun, kenderaan itu bukanlah 'muscle car' yang sebenar, tetapi Toyota Mark II 1970 yang telah diubah suai dan mempunyai nilai sentimental kepada dua beradik berkenaan. 


Sejak dari itu, Arthid menjadi semakin popular di bandar kelahirannya dan popularitinya semakin meningkat susulan ada pihak yang menularkan gambarnya bersama kereta tersebut di media sosial awal tahun 2022.  







Ramai yang mengatakan dia kelihatan seperti Vin Diesel. Semenjak tular, semakin banyak gambarnya dimuat naik di media sosial membuatkan ramai yang tertarik.. Netizen kemudian menghantar gambar Arthid kepada Vin Diesel yang sebenar, yang kemudian membalas, "Berhenti hantar gambar ini kepada saya". 


Ditanya apa yang dia mahu katakan sekiranya berpeluang bertemu dengan Vin Diesel, Arthid menjawab, "Saya sayang awak". Arthid juga berterima kasih kepada Vin Diesel yang telah mengubah hidupnya dan menjadikan dia 'selebriti'. 


Sumber: Oddity Central

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo