Slider

'Saya down, tak sangka 1 Malaysia kecam saya' - Nick akui kesal, malukan keluarga

Foto Saifulizan Tamadi | Harian Metro


Padah memuat naik video prank tarik tudung wanita, Nick atau nama sebenarnya, Fakhrul Rushdan Roslan, 24, dijatuhkan hukuman denda kelmarin oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 


Bagi Ncik, apa yang berlaku itu sangat memberi kesan yang amat mendalam kepada diri kerana perbuatannya bukan sahaja salah, malah mencalarkan maruah keluaga. 


Sepanjang berada di lokap sejak ditahan 7.30 malam Isnin lalu, Nick mengakui hatinya tidak tenang dan banyak muhasabah diri memikirkan kembali kesilapannya. 


"Bila di lokap Balai Polis Wangsa Maju, saya memang tidak boleh tidur. Hati tak tenteram kerana fikirkan keluarga. Sedih dan tak boleh terima apa diri saya buat. 


"Saya faham perkara itu berkait dengan soal agama, tetapi ketika saya buat video itu, saya tak fikir panjang. Apabila jadi begini, barulah saya terfikir kesannya," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis. 


Nick sedar, ramai netizen yang salah faham dengan video tersebut disebabkan dia tidak menyertakan penjelasan pada penghujung video prank itu. 


Pemuda itu turut mengaku ibunya kecewa dengan apa yang berlaku. Namun dia sudah menghubungi kedua ibu bapanya untuk menjelaskan hal sebenar dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu.


"Emak, ayah dan abang tahu semuanya dan mereka sedih. Tetapi emak yang paling terkesan. Saya hanya mampu berterus-terang dan mengakui kesilapan saya serta meminta maaf. 


"Saya beritahu akan selesaikan semuanya dan menjaga air muka mereka," katanya. 


Tambah Nick lagi, sejak video itu tular di media sosial sehingga mendapat banyak kecaman netizen, dia telah membuat laporan polis kerana ada individu yang mengugut mahu mencederakannya.


Disebabkan kejadian ini juga, Nick kini dalam dilema untuk berdepan dengan masyarakat kerana tahu ramai yang tidak dapat menerima perbuatannya. 


"Buat masa ini, saya selesa duduk di rumah dulu sehingga kes selesai. Saya faham netizen marah kerana ingat mereka (dua rakannya) orang awam, tetapi sebenarnya mereka kawan saya," katanya yang turut mendapat bantuan rakan, Erwinsyah Sumidi, 36, membantu membayar ikat jamin RM3,500. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo