Slider

Suami isteri ditemui mati, disyaki dibunuh ahli keluarga sendiri



Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga sendiri di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di Ipoh pagi tadi.


Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an itu ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah berkenaan. 


Sepasukan polis forensik kini berada di rumah itu untuk siasatan lanjut, dan ada anggota serta pegawai penyiasat dilihat sedang mengambil keterangan beberapa ahli keluarga di lokasi kejadian.


Turut kelihatan di kawasan yang ditutup dengan garisan kuning polis itu adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman.



Sumber: Bernama, Ihsan Netizen

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo