Slider

Suami malas beri nafkah, beri alasan isteri kerja sektor kerajaan & punyai banyak kelebihan

Foto Hiasan Sahaja



Isu mengenai pemberian nafkah oleh suami kepada isteri atau keluarga, seringkali menjadi topik perdebatan di media sosial apabila timbul kes yang berkaitan dengan rumah tangga. 


Bagaikan tidak mengerti tanggungjawab, ada sebilangan lelaki bergelar suami culas dalam perkara ini dan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. 


Berkongsi mengenai kes yang pernah berlaku, Peguam Syarie, Suriati Ghani berkata, ada lelaki yang enggan memberi nafkah kepada pasangannya atas alasan isterinya itu bekerja di sektor kerajaan. 


"Hari ini selesai meleraikan kekusutan dalam kepala seorang isteri ini yang selama ini dipendam berbelas tahun. Suami ambil kesempatan ke atas isteri yang bekerja kerajaan, ada income tetap, senanglah dapat elaun rumah, tolak je elaun isteri untuk kuarters," katanya. 


Dalam masa sama, mentua pula mengambil kesempatan untuk menokok tambah sekali gus memburukkan lagi keadaan tanpa memikirkan hati dan perasaan menantu yang akhirnya terpaksa memendam rasa.


"Makan hati dengan sikap suami yang tidak pernah bincang dan tanya macam mana dengan duit rumah, nak bayar balik ke elaun yang kena potong tu. Sekurang-kurangnya bertanya, jangan cuci kaki je. Kena faham tanggungjawab walaupun isteri bekerja, nafkah isteri tetap perlu beri. 


"Mak ayah pun kena faham, walaupun menantu makcik dan pakcik kerja keras, ada income, tanggungjawab sara nafkah atas bahu suami isteri," katanya. 


Walau bagaimanapun, si suami berkenaan dikatakan enggan melepaskan isterinya yang nekad mahu menuntut cerai kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu gagal memberi nafkah.


Sumber: Suriati Ghani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo