Slider

Suspek tikam ibu sampai mati, disahkan positif dadah ampthetamine

Foto Astro Awani



Polis mengesahkan, suspek yang membunuh ibunya menggunakan pisau di Kampung Paya Luboh semalam, positif dadah jenis syabu. 


Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pengganggur itu disahkan positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing di mana keputusannya diperoleh pada awal pagi Rabu. 


"Pada jam 1.30 pagi tadi selepas selesai ujian saringan dilakukan, kita mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif amphetamine. Manakala pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang barang terlarang itu," katanya. 


Media sebelum ini melaporkan suspek pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Melaka dan mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah. 


Dalam kejadian jam 3 petang semalam, suspek bertindak menikam ibunya, Rozizah Md Dom, 53, selepas mendengar bisikan suara yang mendakwa ibunya menyembah berhala. 


Suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum ditahan oleh orang kampung. 


Polis mengesahkan, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian leher.


Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Utusan Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo