Slider

Tak puas hati dijeling, cucu tampar nenek sebelum dijirus dengan air teh



Seorang pengawal keselamatan ditahan polis pada jam 8.26 malam kelmarin, Rabu, di Kampung Tasik Tambahan kerana menecederakan adik perempuan dan neneknya. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 25 tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan marah pada jam 9.30 malam, Selasa.


Suspek kemudian membaling baldi sehingga mengenai belakang badan adiknya berusia 23 tahun. Malah neneknya berusia 64 tahun turut ditampar dan dijirus dengan air teh suam pada seluruh badan. 


Tindakan suspek telah menyebabkan adiknya mengalami kecederaan tisu bahu dan neneknya pula cedera di bahagian pipi. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan. 


Siasatan awal mendapati, suspek bertindak di luar kawalan disebabkan tidak berpuas hati dengan jelingan adiknya semasa dia pulang ke rumah. 


Selain itu, suspek juga dikatakan mempunyai sifat baran yang akan mengamuk apabila tidak mendapat wang yang diminta. 


"Suspek masih mempunyai kedua ibu bapa, namun sudah lama bercerai dan tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya. 


"Suspek direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo