Slider

'Tuhan hantar kami untuk layan awak' - Pemandu Grab dicabul 2 penumpang kunyit



Seorang pemandu Grab di Singapura mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul dua penumpang lelaki.


Ketika perbicaraan, mangsa berusia 28 tahun tidak didedahkan nama bagi menjaga identitinya berkata, dua tertuduh, Neo Wei Meng dan Goh Suet Hong, turut melemparkan beberapa ayat yang tidak wajar terhadapnya. 


Menurut mangsa, tertuduh memuji kecomelannya dan "Tuhan hantar kami untuk melayan awak". Kedua-dua tertuduh turut berkata, "Kami ada perempuan yang menyamar sebagai lelaki," mahkamah diberitahu. 


Pada Khamis, 7 Julai, Goh, 40, dijatuhkan hukuman penjara setahun dengan dua sebatan, manakala Neo, 41, dihukum penjara 14 bulan dengan tiga sebatan. 


Majistret Hairul Hakkim Kuthibutheen yang menyabitkan setiap tertuduh dengan pertuduhan mencabul, berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Goh berbeza kerana Neo menyentuh mangsa secara langsung di bahagian kemaluan. 


Sebelum menjatuhkan hukuman itu pada Khamis lalu, majistret berkata, mangsa telah mengalami trauma kerana dicabul berulang kali oleh pasangan itu, sehingga dia takut berdepan dengan orang yang tidak dikenali. 


"Mangsa yang kini melakukan pekerjaan menghantar makanan, tidak dapat bersemuka dengan pelanggan dan apabila dia tidak sengaja berbuat demikian, dia akan terus melarikan diri selepas menyerahkan makanan itu. 


Timbalan Pendakwaan Raya David Menon terdahulu berkata, sebelum pasangan itu menaiki kereta mangsa, mereka pergi ke kelab malam Ebar di Jalan Neil pada petang 11 November 2018 dan mengambil minuman keras. 


Beberapa jam kemudian, Neo membuat tempahan perkhidmatan Grab dan masuk ke dalam kereta. Dalam perjalanan ke destinasi, Goh memegang bahu kanan mangsa. Dalam masa yang sama, Neo pula menyentuh kemaluan mangsa. 


Mangsa cuba meminta mereka berhenti berbuat demikian, tetapi rayuan itu tidak diendahkan dan berulang kali mencabulnya sehingga Neo tiba di destinasi. 


Goh kemudian berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan dan mangsa membawanya pulang ke destinasi seterusnya. Disangka sudah berhenti, Goh pula bertindak mencium pipi dan bibir mangsa sambil menyentuh kemaluannya tanpa rela. 


Tiba di satu kawasan, Goh meminta mangsa berhenti untuk membuang air kecil sebelum menghilangkan diri. Mangsa segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan. 


Ketika perbicaraan, Neo pula menafikan dakwaan itu dan berkata dia tertidur di sepanjang perjalanan. 


Sumber: Asia One

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo