Slider

(VIdeo) 'Ada Audi tak? Lemah~' - Haqiem Stopa koyak diperli netizen tiada lesen memandu



'Ikon permotoran' yang juga Mat Rempit, Haqiem Stopa, dilaporkan koyak dengan komen netizen yang mengusiknya ketika membuat siaran langsung di laman TikTok. 


Sebelum ini, Haqiem dikenakan saman kerana memandu tanpa lesen dan lelaki itu memberi alasan dia terpaksa memandu kerana pemandu peribadinya tidak larat untuk memandu. 


Sewaktu membuat siaran langsung di TikTok, ramai netizen yang memuat naik komen 'Tak ada lesen', dipercayai sekadar mahu mengusik ikon permotoran berkenaan. 



Namun, Haqiem bengang dengan komen-komen sedemikian membanjiri ruangan komen dengan mengatakan netizen lemah kerana tidak mempunyai kereta jenama Audi. 


"Ada lesen? Ada lesen? Ada lesen? Ada Audi tak? Lemah.. selebew~," katanya seperti yang ditunjukkan dalam video dimuat naik oleh @ceoawan. 


@ceoawan ingat anak muda .. AUDI tidak bawak mati pun🥶🥶 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypfyp #bismilahfyp #kecam #iconpemotoran #stopa #haqiemstopa #audi #viralvideo #viraltiktok ♬ original sound - Atif


Reaksi balas Haqiem itu dianggap sebagai koyak oleh netizen. Malah ada yang mengatakan lelaki itu bersikap materalistik dan menjadikan kemampuan memiliki barangan mahal sebagai penanda aras kejayaan dalam hidup. 


"Semua itu sekadar pinjaman sahaja, tidak perlu nak riak sangat," kata Tukun48. 


"Audi sambung bayar je tu. Urusan senang cuma bawa IC dengan deposit je boleh bawa balik kereta," kata Janashikin9588. 


"Dah viral sebab tak ada lesen, memang sampai ke tua lah tak ada lesen. Silap-silap masa ambil lesen pun kena bahan dengan cikgu, hahaha," kata No Name. 






Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat Haqiem tidak akan koyak jika netizen tidak memuat naik komen yang menyakiti hatinya. 


Sumber: TikTok CEO Cawan

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo