Slider

(Video) 'Aku kenal diorang ni, diorang ni tak pakai tudung pun' - Dah kena kecam, YouTuber salahkan netizen tak buat kajian



Susulan viral video prank tarik tudung perempuan, YouTuber Nick Channel tampil memberi penjelasan bahawa video yang diterbitkan itu adalah untuk social experiment bagi menguji netizen sahaja. 


BACA: 'Aku tarik tudung perempuan!' - YouTuber dikecam buat prank calarkan maruah wanita bertudung


"Aku buat video ini sebab nak tengok apa yang korang kecam sebab kebanyakan content yang YouTuber lain buat, korang ambil separuh-separuh dan kemudian post, korang tak tahu apa cerita dan kecam orang tu. 


"So sekarang ini aku nak buktikan bahawa video ini adalah content," katanya.


Nick juga berkata, dua wanita bertudung dalam video tersebut adalah kenalannya dan mereka berdua sememangnya tidak bertudung. 


Dalam pada itu juga, Nick menasihatkan netizen untuk mengkaji sesebuah video itu terlebih dahulu sebelum membuat penilaian. 



Bagaimanapun, penjelasannya itu tidak berguna kerana mereka bertiga bukan sahaja melakukan video social experiment yang tidak berfaedah, malah tanpa sedikit pun rasa takut mempersendakan martabat wanita bertudung. 


Menggunakan alasan membuat video social experiment juga tidak tepat kerana tindakan mereka secara tidak langsung telah menunjukkan contoh yang buruk kepada penonton lebih-lebih penonton di bawah umur yang dikhuatiri akan mencontohi mereka melakukan perbuatan yang biadab kemudian memberi alasan, sekadar video sosial experiment. 


Netizen juga menyifatkan penerbitan video kedua yang kononnya penafian itu sebenarnya dibuat bagi mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan undang-undang susulan mendapat banyak kecaman netizen. 


"Dah takut kena kecam sampai ada yang nak buat laporan polis, mulalah cakap netizen salah mengkajilah, apalah. Sendiri yang mencari penyakit, jadi hadaplah bro," kata Cik Fi. 


Tidak kurang juga netizen menyalahkan Nick Channel sendiri yang sengaja membuatkan netizen mengecam kerana kata-katanya yang riak dan yang paling penting, Nick sendiri yang menerbitkan video separuh itu. 


"Pemikiran kau tak sama dengan pemikiran orang lain. Aku berani cakap kalau kat luar kau buat content macam ni, jangan kata kena kecam je. Pakej kaki dan tangan sekali kau dapat bro," kata Ayoi Rashid. 


Majoriti netizen yang meninggalkan komen mengatakan Nick Channel gagal dalam membuat video social experiment. Content yang dibuat bukan sahaja lemah, tetapi tidak berfaedah dan kajian yang dilakukannya itu adalah sia-sia. 


Sumber: Nick Channel

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo