Slider

(Video) 'Aku nak korang try dengan aku dulu' - Lelaki hina Islam, cabar Semboyan & NGO lain ambil tindakan terhadap dirinya



Tular di media sosial video seorang lelaki tampil mencabar NGO untuk tampil mengambil tindakan tegas terhadap dirinya tanpa sebarang motif yang jelas. 


Lelaki terbabit yang tidak diketahui identitinya itu dipercayai tidak berpuas hati dengan Semboyan Malaysia dan juga pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, yang bertindak menyelar pasangan menghina agama Islam dan bangsa Melayu di Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Dalam video berdurasi 36 saat itu, dia berkata, "Salam sejahtera, so apa khabar? Kes hina Islam.. dan Semboyan semua.. dan geng-geng yang berNGO berslogan. Begini cerita dia..


"So aku nak korang try aku sebab aku memang rela mati punya orang. Jumpa terus bunuh.. jangan cakap banyak. 


"Aku nak tanya pada Melayu Islam **** ni. Nabi Muhammad kau tu, sebenarnya kambing ****. Allah kau tu ****. Islam kau tu, ****** sial. Sekarang aku nak korang try dengan aku dulu. Bye-bye," katanya tanpa memikirkan kesan dan akibat dari percakapannya itu. 


Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @panda_tv1.0 bagaimanapun telah dipadamkan.



Di media sosial, ada netizen yang mendakwa lelaki itu merupakan warganegara Singapura. Walaupun begitu, netizen tetap menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit yang sudah jelas menghina agama Islam secara terbuka. 


Sumber: Info Roadblock

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo