Slider

(Video) 'Habis rosak budak sekolah!' - Netizen kecam pihak sekolah jemput Haqiem Stopa beri ceramah motivasi kepada pelajar

Foto dari Urusetia Belia Mahir



Tindakan sebuah sekolah menengah di Sungai Besi menjemput ikon pemotoran yang tidak diiktiraf ramai (tetapi diiktiraf Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Haqiem Stopa, untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 


Terdahulu, Haqiem Stopa yang mempunyai lebih 860,000 followers di TikTok memuat naik video menunjukkan kehadirannya di sekolah tersebut untuk memberi ceramah motivasi. 


"Terima kasih SMK Sungai Besi," tulisnya pada kapsyen video berserta dengan hashtag #matrempit. 


@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound - Haqiem_stopa


Dalam satu kenyataan dari Belia Mahir, penganjur program perkongsian motivasi itu berkata, SMK Sungai Besi merupakan salah satu sekolah yang memberi kerjasama terhadap pihaknya, Belia Mahir, yang menlaksanakankan program 'Cerita Orang Gagal' di mana program tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak muda untuk bangkit dari kegagalan dan maju di masa depan. 


"Haqiem Stopa, seorang influencer media sosial yang mana pengisiannya berkisarkan tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia enam tahun. 


"Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan presepsi politik terhadap beliau. 


"Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas talian di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan. Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran," kata kenyataan itu. 


Video itu mendapat banyak perhatian netizen dan salah seorangnya, Kuro Bikeseller yang mempertikaikan tindakan pihak sekolah yang dikatakan tidak mengkaji latar belakang individu berkenaan sebelum diundang untuk memberi motivasi. 


"Kenapa dia dijemput? Atas dasar apa? Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran? 


"Saya tidak setuju orang seperti ini diberi peluang untuk bercakap di depan budak-budak lapisan zaman akan datang. Orang seperti ini sepatutnya kita abaikan, bukan diberi perhatian. 


"Sudah lama saya menahan diri dari memuat naik post tentang budak hingusan ini. Hari ini saya dapat video ini, this is last la bro. Kau nak tunjuk kebodohan kau aku tak kisah, tetapi untuk pelapis, aku tak setuju," katanya. 




Netizen turut menyalahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjadi punca kepada bermulanya masalah kerosakkan ahlak di kalangan pelajar sekolah. 


"Mat Jargon woi! Habis rosak murid sekolah pasal kau angkat sampah ini sebagai ikon anak muda. Kau ni jelas makhluk perosak agama dan bangsa," kata Anas Abd Jalil. 


Guru sekolah berkenaan juga tidak terkecuali menerima tempias kemarahan netizen. 


"Cikgu mana bodoh gampang jemput dia ni? Jadi cikgu guna sijil tipu ke?" soal Nik Mohamad Khairi. 


"Kalau aku jadi mak ayah budak-budak sekolah ini, aku dah complaint dah. Memang mesyuarat PIBG tu dengar suara aku memekak je sebab nak doktrin anak-anak aku dengan idola tak berguna macam ni," kata Siti Norbaizura. 




Sumber: Haqiem Stopa, Kuro Bikeseller, Cerita Orang Gagal

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo