Slider

(Video) 'Ingatkan kucing bergaduh' - Kucing maut, 6 jam tersepit di auto gate




Malang tak berbau, seekor kucing dilaporkan tersepit di pagar automatik selama enam jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.


Menurut pengguna TikTok, Supermadmi, yang memuat naik video tersebut berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12 malam dan pemilik rumah tidak menyedari kehadiran kucing itu di kawasan rumahnya. 


Jam 6 pagi keesokan harinya, pintu pagar dibuka dan barulah mereka menyedari ada seekor kucing tersepit di pagar itu. 


Selama enam jam tersepit, sudah pasti kesakitannya tidak terkata dan dapat dilihat kaki bahagian belakang haiwan itu tidak lagi berfungsi sepenuhnya. 


Dengan baki kudrat yang masih ada, kucing itu bergerak masuk ke dalam kawasan rumah secara mengengsot sebelum 'merehatkan' dirinya di satu sudut sehingga menghembuskan nafas terakhir. 


"Tak sangka, ingatkan kucing bergaduh, rupanya kucing tersepit.


"Enam jam tersepit, maafkan kami kucing. Kejadian berlaku pada jam 12 malam. Pagar dibuka semula pada jam 6 pagi. Benda pun dah jadi, pengajaran buat kita semua," katanya. 


Enggan menimbulkan salah faham, Madmi menjelaskan mereka bukan sengaja berbuat demikian dan apa yang berlaku adalah di luar kawalan mereka. 


"Jangan kecam, kami ada hati dan perasaan kepada binatang. Ada 10 ekor kucing British Short Hair (BSH) dibela. Semua sayang termasuk stray cats datang makan di rumah. Benda nak jadi, kita tak boleh undur masa," katanya. 


@supermadmi Jangan kecam, creator ada hati dan perasaan kepada binatang. Ada 10 ekor kucing bsh dibela. Semua sayang termasuk stray cats dtg makan kt rumah. Benda nak jadi kita tak boleh undur masa. #kucingtersepit #bsh ♬ suara asli - 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️


Sementara itu, netizen meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan berharap mana-mana pemilik rumah yang mempunyai auto gate sentiasa memeriksa keadaan di luar sebelum menutup pagar. 


Tidak kurang juga ada yang menasihatkan pemilik rumah untuk peka dengan jeritan kucing bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku di kemudian hari. 


Sumber: TikTok Supermadmi 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo