Slider

(Video) 'Kau nak jual lagi? Nak langgar kawasan aku? Kawasan ni aku pegang tau?!' - Abg Kawasan ugut peniaga wanita tular di media sosial



Tular di media sosial video menunjukkan seorang peniaga kecil-kecilan diugut oleh 'Abang Kawasan' yang mendakwa wanita itu berniaga di lokasi tersebut tanpa kebenarannya, selama empat hari.


Mangsa terdahulu mengatakan dia berniaga di kawasan awam dan tidak mengetahui kawasan itu dimiliki oleh mana-mana pihak atau individu. Tetapi, suspek menegaskan kawasan itu dibawah jagaannya dan sesiapa yang melakukan sebarang aktiviti perniagaan di situ perlu mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu. 


Suspek kemudian bertanya sama ada mangsa masih mahu berniaga di situ atau beredar, wanita itu membalas akan terus berniaga untuk hari itu dan hari seterusnya tidak pasti. 


"Kau nak jual lagi tak? Nak jual lagi? Betul? Kau nak masuk dan langgar tempat aku? Aku dah cakap kawasan ni aku pegang tau. Kau nampak sticker kat kereta aku? Kalau aku tak pakai baju (khas), aku tak tahan orang," kata suspek. 


Mangsa menjelaskan dia tidak tahu mengenai pelekat yang dimaksudkan dan meminta perkara itu tidak diperbesarkan di mana dia mahu meneruskan perniagaannya. 


Suspek berterusan memprovokasi mangsa dengan mengatakan rakannya yang lain boleh mengambil tindakan melebihi luar batasan terhadap mangsa berbanding dirinya yang masih boleh berbudi bicara. 



Di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang dikatakan hanya berani menindas bangsa sendiri, sekali gus mencemarkan imej bangsa Melayu. 


"Area mana ni, nak tahu juga. Sampah punya perangai. Suara macam anjing tersepit. Ini semua sembang je. Macam tempat tu bapak dia wasiatkan kepada dia. Sticker baju la, langgar la. Cakap macam budak-budak sekolah tak cukup umur," kata netizen. 


"Dah 2022 pun kerja nak menindas bangsa sendiri. Bodoh tak habis. Bapak-bapak pun semua dah duduk masjid bang oit. Tak main dah pegang-pegang kawasan ni," tambah netizen lain. 


Berdasarkan video kedua, kejadian itu didakwa berlaku di Parit Raja, Johor. Suspek dikatakan telah ditangkap dan siasatan awal mendapati, suspek bukan merupakan anak jati Johor, tetapi berasal dari Kelantan dan menetap di Parit Raja. 


"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Parit Raja untuk tindakan lanjut," kata sumber. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo