Slider

(Video) 'Nak buat baik tak bertempat, tak pepasal jadi punca kemalangan'



Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaannya bagi memberi laluan kepada kenderaan jenis pacuan empat roda membelok mengundang kemalangan terhadap dua kenderaan lain. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di simpang tiga, Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan baru-baru ini. 


Berdasarkan video dashcam yang dikongsikan itu menunjukkan, pemandu kereta sedan terbabit memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba di persimpangan itu bagi memberi laluan kepada kereta dari arah bertentangan membelok kiri. 


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan mangsa terpaksa membrek secara mengejut sebelum dirempuh kenderaan dari belakang yang tidak sempat berhenti lalu merempuh bahagian belakang kereta. 


Terkejut dengan kejadian itu, kedua-dua pemandu berkenaan memberhentikan kenderaan di bahu jalan, sementara kenderaan sedan yang menjadi punca kemalangan meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah. 




Di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu sedan berkenaan yang 'baik tidak bertempat' sehingga menyebabkan kenderaan lain terbabit dalam kemalangan. 


"Agak-agak la, situ bukannya ada garisan putih untuk berhenti. Tengok la belakang ke apa dulu sebelum nak buat baik dengan orang lain. Sekurang-kurangnya bagi double signal ke untuk alert pemandu belakang," kata Syak. 


"Hello! Ini dah la jalan menurun kat Ulu Bendul, kereta laju-laju. Yang bangang berhenti situ buat apa? Kereta 4x4 tu yang patut tunggu sampai jalan clear nak masuk simpang. Bukannya kau yang berhenti bagi laluan," kata Aiman.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo