Slider

(Video) 'Pandai kau ceramah, tapi kau sendiri sebijik iblis!' - Wanita tampil dedah detail kes penceramah bebas rogol remaja




Seorang penceramah bebas berusia 30-an ditahan polis pada 18 Julai lalu dan direman selama lima hari kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, mengundang banyak persoalan ramai siapakah penceramah yang dimaksudkan itu. 


Tular di  media sosial, seorang wanita mendedahkan maklumat terperinci mengenai kejadian yang menimpa mangsa dan menegaskan dia sebelum pernah diancam oleh suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mahu menyebarkan kejadian tersebut. 


"Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Terima kasih PDRM dan media. Sebelum ini dia buat laporan terhadap saya sebab cubaan nak viralkan dia. Hari ini Allah mempermudahkan segalaNya untuk saya dan mangsa. 


"Kau tutup satu jalan untuk kami, tapi Allah buka lebih banyak jalan untuk kami. Tak padan dengan bini ramai, kau rosakkan budak mentah dengan nafsu iblis kau. 


"Kau cabar aku kan ustaz, empat report untuk setiap perbuatan kau. Kita tengok boleh ke kau terlepas. One by one okay, pandai kau ceramah tapi kau sendiri sebijik iblis," katanya yang turut mengesahkan bahawa mangsa adalah anak kepada kawan baiknya. 


Menurut wanita berkenaan, mangsa mengikuti akaun Instagram suspek dan kemudian bertanya mengenai hal agama sebelum diberi nombor telefon oleh suspek yang memberi alasan jarang membuka bahagian mesej platform berkenaan. 


"Sampai satu hari ustaz ini umpan, 'Cuba teka umur saya berapa, kalau betul saya belanja makan'. Budak mentah macam tu apa tau, dia seronoklah sebab nak keluar dengan orang yang femes. 


"Mangsa hampir sebaya dengan anak sulung ustaz ini. Kau ustaz, seorang bapa, patut ke kau ajar budak mentah ni benda tak elok? Kau pegang title ustaz kot. Kalau dia bukan bawah umur sekali pun, kau sebagai penceramah tak sepatutnya melakukan larangan Allah, patut bawa kepada kebaikan.


"Untuk pengetahuan semua, kes pada mulanya memang suka sama suka. Mungkin sebab itu boleh jadinya berkali-kali tetapi bila kantoi dengan family, ada ke orang tua yang akan berdiam diri daripada menuntut keadilan? 


"Umur 14 tahun sepatutnya dididik menjauhi larangan agama. Mana akhlak dia bila chat benda-benda yang kita sendiri pun jijik nak baca. Dua-dua salah. Yang budak sebab terperdaya dengan janji manis seseorang yang bergelar penceramah bebas, agama pula tu," katanya. 


Wanita berkenaan bagaimanapun menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dan dalam masa sama menegaskan keluarga mangsa berani tampil ke depan kerana mempunyai bukti kukuh. 


"Kau jaga anak kau dari kecil, didik dan sentiasa ingatkan untuk jaga maruah diri sebagai perempuan. Alih-alih bila kenal ustaz ini, dia rosakkan anak kau, ajar anak kau menipu supaya dapat cari jalan keluar untuk berjumpa dengan dia dan ajar anak kau sex grooming? 


"Mana akal waras dia? Sedangkan mangsa hampir sebaaya dengan anak perempuan ustaz tu. Budak umur ini patut dibentuk untuk menjauhi laranganNya. 


"Biar polis jalankan siasatan, kita tidak tahu macam mana keluarga mangsa ni berjuang untuk menghadap benda ini," katanya. 


@omyqay Doakan semua 🤲🏻#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #allahuakbar #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Allah Allah Aghisna - Nazwa Maulidia

 

@omyqay #pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound - Fathi Naim

 

@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar ♬ original sound - Fathi Naim
@omyqay

♬ Allah Allah Aghisna - Nazwa Maulidia


Sumber: TikTok @OmyQay

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo