Slider

(Video) Pesara tampar kepala anggota TLDM sebab berang disalam tanpa pandang muka



Tular di media sosial semalam seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah dalam kejadian yang berlaku di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Luat Diraja (TLDM) Lumut. 


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Noh Omar Sappi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 30-an yang juga anggota TLDM.


Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5.10 petang selepas selesai solat Asar di mana, suspek, pesara TLDM bersalaman dengan mangsa sebelum secara tiba-tiba menampar belakang kepalanya dengan kuat sehingga terkena di bahagian telinga kanan. 


"Susulan itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang kepala dan telinga," katanya. 


Suspek berusia 46 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa tidak memandang mukanya ketika bersalaman. 


"Ia menyebabkan suspek berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya," katanya. 


Susulan kejadian itu, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. 


Mangsa bagaimanapun enggan meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis yang telah dibuat. Justeru, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). 


@serindit47

22-07-22 2337 bersalaman itu mulia

♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo