Slider

(Video) 'Saya sedih, tapi ini takdir kami' - Pengantin perempuan menangis melihat bekas kekasih datang ke majlis pernikahan



Baru-baru ini tular di media sosial video pengantin perempuan tidak dapat menahan dirinya dari menangis ketika melihat bekas teman lelaki datang ke majlis pernikahannya. Apatah lagi mereka berdua putus secara tiba-tiba setelah gadis berkenaan dijodohkan dengan lelaki lain. 


Video insiden pengantin perempuan menangis di pelaminan itu kerana sedih melihat kehadiran bekas  teman lelakinya tular selepas dimuat naik oleh pengendali akaun Instagram #kenderiinfo. 


Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung pada Khamis lalu, 14 Julai di Desa Tumbudadio, Kecamatan Tirawuta, Kabupaten Kolaka Timur, Sulawesi Tenggara, Indonesia. 


Dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai batik hitam berjalan membawa sejambak bunga yang disembunyikan di belakangnya sebelum naik ke atas pelaminan sambil ditemani oleh rakan-rakannya. 


Ketika detik bersalaman, air mata pengantin perempuan terus berderai sambil menerima pemberian bunga tersebut sebelum lelaki itu berlalu pergi dari pelaminan. 


Melihat pengantin wanita itu menangis berterusan, salah seorang ahli keluarganya datang untuk cuba menenangkannya agar acara dapat diteruskan. Namun, pengantin perempuan yang memakai gaun berwarna hijau itu terus menangis biarpun tetamu undangan datang memberi ucapan tahniah di atas pelaminan. 



Bekas teman lelakinya, Ebil, 19, berkata, dia sudah mengenali pengantin perempuan bernama Siska, 17, sejak dari bangku sekolah lagi. 


Ketika insiden itu berlaku, Ebil mengakui dia tidak tahu siapa yang membuat rakaman video tersebut sehingga tular meluas di media sosial. 


Ebil menjelaskan kedatangannya ke majlis pernikahan bekas teman wanitanya adalah kerana diundang. 


"Saya datang kerana menerima undangan. Kalau tak datang, nanti dianggap 'loser'. Saya berikan sejambak bunga kepada pengantin perempuan untuk kenangan sahaja. 


"Saya sempat berpesan agar dia bahagia dengan pernikahannya. Saya kasihan melihat dia menangis. Sedih, tetapi apa yang boleh saya lakukan kerana inilah takdir," katanya. 


Jelas Ebil lagi, dia tidak tahu apa alasan orang tua Siska menjodohkan anak mereka dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya. Tetapi tidak menolak ibu bapa Siska lebih gemar menjadikan lelaki itu sebagai menantu berbanding dirinya. 


"Mungkin lelaki itu lebih layak, saya tak kenal pun dia. Pilihan orang tua memang baik, tetapi pilihan sendiri jauh lebih baik. Apa yang berlaku, mungkin ada hikmahnya," kata Ebil. 


Sumber: Walipop

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo