Slider

(Video) 'Saya suka perli orang ******, sebab mereka tak faham' - Crackhouse Comedy Club sekali lagi diserang netizen



Sebelum ini media melaporkan pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel, mengakui terkejut dengan tindakan wanita (Siti Amirah atau Amy) yang secara tiba-tiba membuka tudung, baju kurung dan mula mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan di hadapan penonton. 


Memetik laporan dari portal The Vibes, Rizal menegaskan pihaknya tidak membenarkan mana-mana pelawak yang tampil membuat persembahan untuk menghina raja dan agama. 


Jelas Rizal, dia dan pasukannya tidak menyangka malam kejadian itu akan menjadi satu mimpi ngeri buat mereka sehingga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggantung lesen operasi kelab mereka.


Bagaimanapun, sedang tular di media sosial, video yang menunjukkan seorang lelaki yang tampil membuat lawak dalam bahasa tamil di hadapan penontonnya mengenai Melayu dan Bumiputera. 


Berdasarkan terjemahan dari video tersebut: 


"Maafkan saya, ini adalah masa untuk kuota bumiputera. Sekarang diminta semua untuk senyap. Hidup Melayu. 


"Tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam Bahasa Tamil? Sebab saya suka perli orang ******. Sini okay je, sebab mereka tidak faham apa yang saya maksudkan. 


"Saya boleh buat persembahan dalam Bahasa Inggeris. Tapi itu pun mereka tak boleh faham," katanya yangg mengundang gelak ketawa penonton. 



Sementara itu di media sosial, netizen menyuarakan rasa kurang senang mereka dengan lawak tersebut yang dianggap bagaikan mempersenda bangsa Melayu dan Bumiputera. 


"That's why orang ramai suruh tutup tempat tu. Kenapa nak backing Crackhouse Comedy ni? Owner dia sendiri mencerca dan menghina Melayu. Sebab tu, dua ekor tu berani buat yang bukan-bukan di situ. Sebab owner dia sendiri yang menormalisasikan perkara sebegini di situ. Sepatutnya bukan dua ekor tu saja yang kena ban, Crackhouse Comedy pun kena sita dan Rizal dikenakan tindakan," kata Aielovesyou. 


"Tutup je, batalkan lesen perniagaan. Kenapa mesti mainkan sentimen bangsa dan agama? Banyak lagi topik yangg boleh dijadikan bahan lawak," kata Muhdali Mortopo. 


Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki dalam video tersebut yang dianggap boleh mencemarkan keharmonian kaum. 


Semakan di Instagram Crackhouse (KL) juga mendapati pihak berkenaan telah menutup ruangan komen bagi mengelakkan serangan bertalu-talu dari netizen yang tidak berpuas hati dengannya. 


Sumber: Instagram Kak Ogy, Iesyatoh, Crackhousekl

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo