Slider

(Video) 'Wanita DAP perangai tak senonoh, mulut cabul' - Tajuddin koyak dituduh tidak hormat wanita



Tajuddin koyak dituduh tak hormat wanita, lempar kata-kata kesat terhadap Ahli Parlimen pembangkang


Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan 'koyak' selepas didakwa tidak mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Ahli Parlimen wanita DAP. 


Sebelum itu, Tajuddin dikatakan tidak berpuas hati apabila dia dan dua lagi Ahli Parlimen UMNO, Bung Mokhtar (Kinabatangan) dan Abdul Azeez (Baling) dikatakan tidak sensitif terhadap maruah wanita ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual semalam. 


"Saya nak beritahu speaker, mereka (pembangkang) tak kenal ni siapa tiga orang, bagaimana kami menjaga maruah wanita, bagaimana kami menolong wanita. Yang kita ni masalahnya beberapa wanita DAP, perangai tak senonoh, mulut cabul," katanya. 


SN Rayer (Jelutong) kemudian bangkit meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu, selain meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon mengarahkan Tajuddin berbuat demikian, malangnya permintaan itu tidak diendahkan. 


Tajuddin menegaskan, dia ada hak untuk bercakap dan hairan mengapa SN Rayer membantahnya. Sedangkan kenyataan yang dibuat oleh pembangkang terhadap dirinya, Bung Mokhtar dan Abdul Azeez bertujuan untuk merosakkan imej mereka. 



"Hey, we have won the election lah! All the time lah. And most of the wanita support us," katanya. 


Mohd Rashid kemudian cuba menenangkan Tajuddin dan meminta perbahasan mengenai RUU tersebut diteruskan tanpa gangguan. 


Namun, SN Rayer mempersoalkan tindakan Mohd Rashid yang dianggap berat sebelah terhadap Ahli Parlimen Kota Belud yang dikenakan tindakan gantung selama dua hari hanya kerana membangkitkan isu kedaulatan negara, berbanding kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Tajuddin. 


Tidak berpuas hati, Tajuddin bangkit mencelah dengan menjerit, "Some of you mulut jahat. Some of you! I don't want to named name, kaki cucuk, kaki menghasut, kaki mencabar, cabar sepeaker, cabar PM," katanya. 


Sekali lagi SN Rayer mermpersoalkan Mohd Rashid yang enggan mengeluarkan Tajuddin dari Dewan. Tajuddin kemudian membalas, "Tengok, he's trying to provoke you. Alamak, we fight the election lah. We see who'll win," katanya. 


Kekecohan itu dikatakan berterusan dan sejumlah Ahli Parlimen pembangkang tampil menggesa Mohd Rashid mengambil tindakan tegas terhadap Tajuddin. 


Sementara itu, Kasthuri melalui ciapan di Twitter mendakwa, Tajuddin ada menyebut perkataan mencarut semasa kekecohan itu berlaku. Walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan, ada beberapa Ahli Parlimen mendengar wakil rakyat UMNO itu menyebut perkataan p***mak sebanyak dua kali. 



Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo