Slider

Wanita maut ketika dapatkan rawatan histeria, pengamal perubatan tradisional ditahan



Seorang wanita dilaporkan maut ketika mendapatkan rawatan tradisional bagi merawat masalah histeria yang dialaminya sejak lapan tahun lalu. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita pada jam 6.35 petang yang memaklumkan anak perempuannya berusia 41 tahun meninggal dunia. 


Siasatan awal mendapati, mangsa datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan sejak seminggu lalu. Namun pada hari kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu. 


Pegawai perubatan yang datang ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri di hospital baru-baru ini.


Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dan sedang mengenal pasti punca kematian mangsa. 


Polis turut menahan suspek wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional pada jam 7.20 malam semalam dan akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya untuk mendapatkan perintah reman. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo