Slider

Wartawan dibelasah sampai mati gara-gara tegur lelaki kencing di halaman rumahnya



Seorang wartawan dilaporkan mati dipukul selepas berdepan dengan lelaki yang membuang air kecil di halaman rumahnya. 


Mangsa, Firdaus P Pangaribuan, ketika itu berada di rumahnya di Jakarta Timur, Indonesia, ternampak seorang lelaki melepaskan hajat di halaman rumahnya, lalu bertindak menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu. 


Pihak berkuasa berkata, suspek bagaimanapun tidak dapat menerima teguran itu, lalu beredar sebelum kembali membawa bapa dan rakannya untuk membelasah Firdaus sehingga mati dalam kejadian awal pagi Selasa, 19 Julai 2022. 


Menurut media tempatan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala dan bawah mata, serta telinga kiri. 


Ketiga-tiga suspek bertindak menyembunyikan diri selepas kejadian itu dilaporkan pihak media. Namun salah seorang suspek berjaya ditahan pada Isnin lalu, manakala dua lagi suspek masih diburu polis. 


Suspek yang ditahan akan didakwa melakukan serangan yang membawa kepada kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun di bawah kanun jenayah Indonesia. 


Polis menegaskan serangan itu berlaku hanya kerana mangsa menegur suspek yang kencing di halaman rumahnya dan tiada kaitan dengan kerjaya mangsa sebagai wartawan. 


Sumber: Coconut Jakarta

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo