Slider

YouTuber buat video prank tarik tudung, telah didakwa di mahkamah



YouTuber, Nick Channel, yang menerbitkan video prank tarik tudung wanita muslimah telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam. 


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 7.30 malam kelmarin selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. 


"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). 


"Namun, suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Rabu. 


Justeru, Ashari menasihatkan orang ramai tidak menerbitkan sebarang video yang boleh menyentuh sensitiviti sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat, di masa akan datang. 


Media sebelum ini melaporkan, polis sedang giat mengesan dua wanita yang terbabit dalam video prank tidak berfaedah itu untuk diambil keterangan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo