Slider

'Aku boleh confirm yang dia tengah bodohkan 1 Malaysia' - Lelaki dakwa Aliff Syukri salahguna gambar pil miliknya untuk raih simpati netizen



Susulan ramai yang mengecam perkongsian video teaser tidak senonoh oleh Aliff Syukri, ibunya Rozita Ibrahim tampil memberi teguran agar memadamkan video tersebut dalam tempoh 24 jam. 


Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya, Rozita merayu agar Aliff memadamkan semua video-video berkaitan kerana tindakannya itu bukan sahaja mengundang kecaman masyarakat, malah turut memalukan keluarganya. 


"Rapuh, iman yang rapuh! Minta kawan-kawan Kri (Aliff Syukri) tu delete semua video-video tu sekarang (termasuk) dalam YouTube sebelum-sebelum ni juga! Mak teramat malu! 


"Semua peringatan dah diberi, semua ilmu sudah disampaikan, pukul sudah, dimarah sudah, dinasihati sudah dari kecil sampai besar! Teguran ulama pun ramai sudah. Jangan angkuh, bala Allah, murka Allah jangan dijemput. 


"Merayu mak pada Kri, minta kawan-kawan kamu delete semua video dan postingg tu semua kebencian mak. Jika Kri sayang mak, buktikan. Lepas ni jangan ulang lagi Kri. 


"Demi agama, demi cucu dan kehidupan kesihatan mental fizikal Ida dan anak Kri - gambar terakhir kita masa arwah nenek terakhir selepas kebumikan tahun lepas - Kri cakap Kri hanya ada mak saja kan! 


"Mak hanya (minta) satu (perkara), berhenti dari (buat) video begini. Jangan post di YouTube, semua video-video sejak Lucinta luna atau siapa saja yang bergelek dari dulu sampai sekarang! Delete dan bertaubat yang sebenar-sebenarnya bertaubat. 



"Ingat Kri, Ida (isteri Aliff) sudah cukup bersabar dengan Kri, dia peninggalan mak yang terbaik, wanita kiriman Allah yang terindah. Jaga adab, akhlak, maruah isteri dan anak-anak," katanya. 


Selepas diberi teguran secara terbuka oleh ibunya, Aliff bertindak memadamkan semua video yang dimaksudkan. Malah dia memohon maaf sambil menangis teresak-esak sebelum mengumum dirinya akan mengundur diri dari media sosial. 


Dalam nada merajuk, Aliff juga memuat naik gambar beberapa biji pil dengan kapsyen "Matikan aku dengan tenang dan beriman", yang mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengesyaki dia akan melakukan sesuatu di luar kawalan. Namun, ramai yang berpendapat lelaki itu hanya sekadar berdrama sahaja. 


Di Twitter, tampil seorang lelaki mendakwa gambar pil yang digunakan Aliff itu adalah miliknya dan ahli perniagaan berkenaan telah menyalahgunakan gambar itu untuk memperdayakan orang ramai. 


"Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload? Kalau betul, aku boleh confirmkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang aku upload 2020," kata Naufal Antezem. 



Untuk pengetahuan kepada pempengaruh media sosial termasuk founder produk timbang kilo dan yang sewaktu dengannya, netizen kini tidak lagi mudah terperdaya dengan taktik atau strategi kurang cerdik anda yang gemar mencetuskan kontroversi bagi meraih publisiti murahan. 


Carilah rezeki yang halal menggunakan cara yang sepatutnya. Jangan disebabkan hidup bertuhankan duit menjadikan anda terlupa akan keperluan menjaga maruah diri dan keluarga. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo