Slider

'Aku punya gaji lagi tinggi dari kau punya komisen, okay!' - Bungaisme bengang dengan layanan teruk kakitangan The Machine KLCC



Seperti kelaziman, individu yang dilihat berpakaian kemas dan mahal terus dilabel sebagai individu yang kaya, manakala yang berpakaian selekeh dipandang seperti taraf biasa. Layanan dan pandangan sebegini seringkali terjadi apabila kita ingin membeli barangan di kedai-kedai atau butik mewah.


Isu seperti ini juga membuatkan beberapa orang pengguna TikTok termasuklah penyanyi muda iaitu Bunga meluahkan rasa geram dengan layanan kakitangan The Machine di Suria KLCC.


Ujarnya, kunjungan dia ke premis The Machine adalah untuk bertanyakan mengenai aksesori telefon. Malangnya, layanan yang diberi membuatkan dia berasa tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan kakitangan berkenaan, walaupun dia telah menggunakan perkataan yang sopan ketika bertanya.


Bunga beranggapan pakaian yang dipakainya ketika itu (t-shirt) menyebabkan dia dipandang rendah oleh kakitangan premis berkenaan. Bunga turut meluah rasa hairan mengapa kakitangan berkenaan melayan pelanggan sedemikian seolah-olah tidak pernah bekerja sebelum ini.


"Korang ada tak kawan-kawan yang kerja di The Machine, KLCC, tolong beritahu mereka. Engkau punya komisyen tu lagi rendah daripada aku punya gaji, okay. Kau jangan buat macam... 


"Korang ni tak pernah bekerja ke, serve customer? Korang serve customer atau layan orang, kau pandang muka dia ke atau pandang tepi dia? Masalahnya awak tak pandang saya! Macam mana ha?!


"Saya tanya, adapter ini boleh cucuk iPhone dengan iPad ke? Dia jawab, 'Saya tak tahu la kak boleh cucuk iPhone ke iPad ke'. Awak cakap tak tahu dekat saya? Sebab saya pakai selekeh?


"Saya pakai pakaian yang sangat biasa dan selekeh sahaja. Saya pergi ke The Machine KLCC, memang nak beli dan balik. Last minute punya plan. 


"Kemudian saya bertanya adapter yang Apple punya di mana. Kemudian dia kata di sebelah sana sambil menunjuk ke arah rak tersebut. Hello? Dah tu? Awak nak saya buat apa? Makan jari awak? Bawalah customer ke sana dik. Di sana ada banyak rak, awak main tunjuk-tunjuk macam tu, ingat jari awak tu ada laser ke? Tak ada kan? 


"Saya tahulah saya datang ke Machine dengan pakaian selekeh, tapi janganlah double standard. Sesiapa saja yang masuk ke kedai korang, layan saja sebab dia adalah pelanggan. 


"Masa tu saya ambil dua barang, kemudian dia tanya 'Dua barang saja kan?'. Apa maksud dia dengan mengatakan 'dua barang je kan?'? Saya kata, ada barang lain lagi nak dibeli. Saya bertanya tentang iPad Air kapasiti (saiz storage) berapa yang ada dalam stok mereka. Kemudian dia tanya warna apa yang saya mahukan. 


"Soalan saya dijawab dengan soalan. Dik, awak baru kerja ke? Kalau baru kerja, mana name tag trainee tu?


"Kemudian dia bertanya lagi, 'Semua ini installment kan?'. Saya macam ha? Macam ini ke awak serve customer? Awak belajar ke tak serve customer?" katanya yang geram tetapi masih juga memberi rating lima bintang kerana dia tidak gemar menzalimi orang.


@yanaothmannn Thank You Bunga! Suarakan pendapat mengenai Cara Serve Customer by Machine KLCC STAFF! Actually aku pun penah kene! Pakai slekeh dorg layan tak layan je! Rupenye ramai dah kene ye! #iphone #machineklcc #customerservice ♬ original sound - yanaothman


Kejadian yang terjadi kepada Bunga turut dirasai oleh pengguna TikTok yang lain dan selebriti Bella Astillah turut meninggalkan komen mengadu hal yang sama.


Bunga berharap, kakitangan mana-mana premis sekali pun perlu memberi layanan yang baik kepada pelanggan tanpa menilai penampilan mereka.


Sumber: TikTok Yana Othman

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo