Slider

Amber Heard ditawarkan RM35 juta untuk bintangi filem dewasa



Pelakon Hollywood, Amber Heard, yang tewas dalam kes saman fitnah yang difailkan bekas suaminya, Johnny Depp, kini masih berhutang dengan pelakon Pirates of the Caribbean berkenaan. 


Walaupun tidak jelas bagaimana dia mahu membayar saman berkenaan, biarpun percubaannya untuk mengenepikan tuntutan saman itu beberapa kali menemui kegagalan, kini muncul satu peluang baru untuk dia membayar saman berjuta-juta dolar tersebut. 


Lapor Screen Geek, agensi hiburan dewasa yang dikenali sebagai Zen Models telah menawarkan tawaran berjuta-juta dolar kepada Heard untuk membintangi filem 'dewasa' mereka yang akan datang. 


Agensi itu menawarkan bayaran $8 juta (RM35 juta) jika Amber Heard menerima tawaran itu, sekali gus dapat membayar saman bekas suaminya. Tawaran yang mengejutkan itu dinyatakan dalam suarat yang diberi kepada peguam Amber Heard, Elaine Bredehoft. 


Seperti yang dinyatakan dalam surat: 


"Zen Models adalah sebuah agensi model dewasa dan syarikat produksi. Kami telah berhubung dengan sekumpulan syarikat penerbitan filem dewasa yang berminat untuk menawarkan kontrak kepada Cik Heard untuk membuat persembahan dalam penerbitan video hiburan dewasa."


Dalam satu video yang diterbitkan juga memaparkan Presiden Zen Models, Veronica Madarian dan model Amber Moore berkata,


"Zen Models ditubuh untuk memperkasakan lelaki dan wanita dalam industri hiburan dewasa. Kami telah memutuskan untuk menawarkan penyelesaian kepada Amber Heard yang mungkin boleh menyelesaikan masalahnya," kata Mandarian. 


Sementara itu, Amber Moore menjelaskan, mereka percaya industri hiburan dewasa telah diberi persepsi yang negatif dan dia selanjutnya membincangkan bagaimana ia telah diperbaharui dan disusun semula agar kandungannya lebih selamat untuk lelaki dan wanita. 


Kedua-dua mereka berpendapat, peluang yang diberikan itu akan dapat membantu Amber Heard yang dianggap sebagai 'wanita muda yang naif'. 


"Tawaran ini adalah untuk membantu Amber membayar hutangnya dengan anggapan bahawa dia mungkin tidak berjaya dalam rayuannya dan menggambil sedikit masa untuk menangani media yang telah merampas ketenangan hidupnya," kata Amber Moore. 


Tidak diketahui sama ada Amber Heard mahu menerima tawaran itu. Namun tiada apa yang mustahil boleh berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan terdesak. 


Sumber: Screen Geek

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo