Slider

'Anak dia berhutang, tetibe tak puas dengan ustaz' - 2 suspek ditahan, 3 lagi suspek serang pelajar & penjaga tahfiz diburu

Foto Astro Awani



Dua daripada lima lelaki yang menyerang seorang pelajar tahfiz dan ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras telah ditahan polis semalam. 


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dua lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam sebuah awal pagi semalam di sekitar kawasan Damak, manakala tiga lagi suspek termasuk suspek utama sedang diburu. 


Dua suspek yang ditahan direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan. 


Ujian sariangan air kencing yang dijalankan terhadap dua suspek terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku kerana suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan yang berkaitan dengan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu. 


Lima suspek terbabit bersama seorang pelajar tahfiz datang ke lokasi pada jam 5.10 petang dengan menaiki kereta pacuan empat roda sebelum tiga suspek bertindak menyerang mangsa. 


Penjaga tahfiz mengalami kecederaan di bahagian mata dan menerima empat jahitan selain cedera di bahagian tangan, lebam di badan. Manakala pelajar tahfiz yang diserang hanya mengalami sakit di badan. 


Sementara itu, tular di media sosial juga kenyataan seorang bekas pelajar pusat tahfiz berkenaan yang mendakwa kejadian berpunca dari seorang pelajar baru yang berusia 11 tahun. 


"Dia buat masalah dalam tahfiz tu. Dia beli air dengan ustaz tu tapi main hutang sampailah beratus. Pastu dia beritahu mak ayah dia. Mak ayah dia marah ustaz pula sebab bagi hutang. Anak dia yang berhutang, tetiba tak puas hati dengan ustaz," katanya. 




Sumber: Astro Awani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo