Slider

Bapa tunggal tuntut RM65,950 dari bekas isteri sebagai pampasan jaga dua anak selepas bercerai



Sebuah mahkamah di  China telah menganugerahkan seorang bapa tunggal 30,000 yuan (RM19,784) sebagai pampasan kerana membesarkan dua anaknya bersendirian selepas rumah tangganya retak. 


Zhang Wei dari Huizhou, wilayah Guangdong, selatan China, menyara dua anaknya seorang diri sejak lapan tahun lalu selepas dia dan isteri, Lin, berpisah. 


Difahamkan pasangan itu telah lama berpisah dan baru memfailkan perceraian awal tahun ini. Selepas wanita itu melahirkan anak kedua mereka, perkahwinan pasangan berakhir dan dua anak kecil itu ditinggalkan bersama Zhang yang membesarkan mereka bersendirian. 


Zhang memberitahu mahkamah bahawa, dia telah memikul tanggungjawab untuk menjaga anak dan menguruskan kerja-kerja rumah. Lin pula tidak memberi sebarang sokongan, kewangan dan yang sewaktunya untuk dua anaknya. 


Semasa prosiding perceraian, Lin meminta hak penjagaan anak-anak terus kekal diberi kepada Zhang dan dia akan terus menyokong tiga beranak itu dari segi kewangan. 


Bagaimanapun, Zhang menolak dan meminta pampasan 100,000 yuan (RM65,950) daripada Lin kerana tidak membantunya membesarkan anak-anak. 


Mahkamah kemudian memerintah Lin wajib membuat pembayaran sekali gus 30,000 yuan kepada Zhang yang telah bertahun-tahun membesarkan anak-anak mereka, di mana Zhang bersetuju untuk menjaga mereka selepas perceraian dan tidak meminta nafkah anak secara berterusan dari Lin. 


Kisah mengenai Zhang itu tersebar di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ramai yang berkata, pampasan yang diterima oleh Zhang terlalu kecil seolah-olah meremehkan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal. 


"30,000 yuan terlalu sedikit bagi mereka yang menjaga anak, membuat kerja rumah tak kira ibu atau bapa tunggal. Mereka layak mendapat pampasan yang lebih banyak," kata netizen. 


"Saya setuju! Saya juga rasa nilai pampasan yang diberi itu terlalu kecil. Dia bekerja sambil menjaga dua anak!" tambah netizen lain. 


Sumber: Asia One

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo