Slider

BNM dijangka naikan kadar OPR September ini, Timb. Menteri Kewangan 1 yakin golongan B40 takkan terkesan



Kenanga Research semalam memaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka bakal menaikan kadar dasar semalaman (OPR) buat kali ketiga berturut-turut tahun ini, pada September. 


Menurut firma penyelidikan itu berkata, jangkaan kenaikan OPR adalah berdasarkan jangkaan bahawa kadar inflasi Malaysia akan berada pada purata melebihi paras 4.0 peratus pada separuh kedua 2022 berikutan kenaikan harga makanan di tengah-tengah peningkatan kos import. 


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah menjelaskan, kenaikan OPR secara beransur-ansur tidak akan memberikan kesan yang ketara kepada golongan B40 kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap iaitu kebanyakannya bagi pinjaman pembelian kenderaan dan pembiayaan peribadi. 


“Kerajaan menerusi BNM menekankan pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas termasuk kemudahan di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


”BNM menekankan bahawa sebarang keputusan untuk melaraskan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya di Dewan Negara, hari ini.


Mohd Shahar menjawab pertanyaan Senator Aziz Ariffin yang ingin mengetahui adakah terdapat sebarang kajian lapangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat dengan penetapan kadar OPR yang jekas akan membebankan rakyat secara langsung apabila dinaikkan. 


Sumber: Bernama, Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo