Slider

'Bukan susah sangat, ada video' - PM suruh KSN tubuh JKK untuk siasat isu KPPA tengking Pegawai Imigresen di KLIA

Perdana Menteri Ismail Sabri minta KSN tubuhkan jawatankuasa khas siasat kes KPPA tengking Pegawai JIM di KLIA



Susulan kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu, Kerajaan telah mengarahkan  Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali menubuhkan Jawatankuasa Khas (JKK) untuk menyelesaikan isu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Mohd Shafiq Abdullah yang dkdawa menengking dan mengaibkan pegawai Jabatan Imigresen, James Lee. 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau berharap penubuhan JKK itu dapat disegerakan dan menyiasat isu tersebut. 


"Kita kena berlaku adil kepada semua pihak termasuk yang mengadu dan yang diadu. Kita serahkan kepada satu jawatankuasa yang akan ditentukan oleh KSN siapa jadi pengerusi, siapa jawatankuasa dan sebagainya untuk membuat siasatan secara dalaman. 


"Ahli Jawatankuasa itu mungkin daripada luar. Ada yang mencadangkan Peguam Negara sebagai pengerusi. Itu saya serahkan kepada KSN dan saya harapkan penubuhan jawatankuasa itu disegerakan, jangan terlalu lama. 


"Bukan susah sangat sebab ada video. Saya tengok ada video yang diedarkan. Mereka (JKK) perlu memanggil saksi kedua-dua belah pihak dan mereka akan membuat keputusan. Kita bincang, tak mahu timbul ada perpecahan dalam kakitangan kerajaan. Suasana harmoni dalam kerajaan perlu dikekalkan," katanya. 


Sementara itu, KSN Zuki Ali dilaporkan telah melantik Peguam Negara, Idrus Harun sebagai pengerusi JKK berkenaan. 


JKK itu akan turut disertai oleh Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. 


Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo