Slider

China sedang rancak bina hotel 13 tingkat untuk babi-babinya



China dilaporkan sedang membina ladang bertaraf hotel bagi memastikan biosekuriti babi berada di tahap yang lebih baik. 


Lapor Harian Metro, bangunan setinggi 13 tingkat itu sedang dalam pembinaan di selatan China yang mampu menempatkan lebih dari 10,000 ekor babi yang lengkap dengan akses terhad, kamera keselamatan, perkhidmatan veterinar dan makanan yang disediakan dengan teliti. 


Fasiliti mewah itu adalah satu pendekatan biosekuriti terkini untuk haiwan itu yang menjadi sumber utama daging di China. 


Fasiliti setaraf bangunan kondominium tersebut dikatakan dapat melindungi babi daripada jangkitan virus, termasuk demam babi Afrika yang telah memusnahkan separuh daripada babi dalam negara sepanjang tempoh dua tahun sebelum wabak Covid 19. 


Ladang dalam bangunan gergasi yang diberi gelaran Hotel Babi itu sedang dibina oleh syarikat termasuk Muyuan Foods dan New Hope Group. 


Selepas siap dibina, ia akan menjadi contoh langkah kawalan ketat yang digunakan pembekal utama di negara lain untuk mencegah wabak penyakit. 


Pengarah daging yang berpangkalan di United Kingdom, Rupert Claxton berkata, China meniru amalan terbaik dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk menutup jurang biosekuritinya.


"Hanya 20 tahun, China melakukan apa yang diambil oleh Amerika mungkin 100 tahun untuk melakukannya," katanya.


Demam babi Afrika yang membawa maut menyakitkan haiwan itu seperti Ebola membunuh manusia hingga menyebabkan wabak dramatik di China pada 2018.


Dalam tempoh setahun, kira-kira separuh daripada kumpulan lebih 400 juta babi di negara itu dihapuskan.


Ia adalah lebih daripada keseluruhan pengeluaran tahunan AS dan Brazil hingga membawa kepada kenaikan harga dan import yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Di negara maju, pengeluaran babi didominasi oleh ladang yang lebih besar.


Ia dilihat selama beberapa dekad di AS, Denmark dan Belanda, yang mempunyai antara piawaian biosekuriti terbaik di seluruh dunia dan tidak pernah melaporkan satu wabak demam babi Afrika dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo