Slider

'Fans lawan pijak bendera Kelantan, hina negeri kami, macam mana kami tak marah?!' - Penyokong The Red Warriors dedah punca sebenar kekecohan

Bas dilempar dengan objek seperti botol dan batu



Susulan tular video kekecohan di antara penyokong The Red Wariors (TRW) dengan Perak FC, seorang individu tampil mendedahkan punca sebenar kejadian tersebut. 


Azrul Hakimi berkata, penyokong TRW merusuh bukan disebabkan tewas dalam perlawanan itu, tetapi disebabkan tindakan penyokong Perak FC yang membuat provokasi melampau. 


"Bukan kami start dulu dan bukan sebab kalah kami merusuh. Tetapi fans lawan yang datang ke tempat kami tak beradab. Belajar hormat bro, kami tak akan menjadi seperti ini jika bukan kerana disentuh," katanya. 


Menurut Azrul, penyokong Perak FC bertindak meminjak bendera negeri Kelantan, malah melemparkan kata-kata penghinaan terhadap Kelantan secara terang-terangan. 


"(Fans lawan) pijak bendera kami, hina negeri kami, kencing di padang (belakang tiang gol). Macam mana kami tak marah? 


"Bila sudah menjadi rusuhan macam ni, kami pula yang dipersalahkan? Sedangkan mereka yang membuat onar. Apa lagi salah kami? Nak kata kami tidak bertamadun lagi? 




"Cuba periksa dulu punca kenapa jadi begini. Belajar ilmu tinggi mana pun kalau tak ada adab tak ada guna juga. Bola adalah bola, bola bukan untuk menjadi pentaksub sampai jadi macam ni. 


"Ingat, karma is karma. Nanti kalau jadi di tempat korang macam ni, korang tahulah macam mana. Share guys, biar satu Malaysia tahu hal sebenar dan maafkan kami dari fans Kelantan," jelasnya. 




Sementara itu di ruangan komen, beberapa penyokong TRW turut meluahkan kekesalan yang sama terhadap penyokong Perak FC yang didakwa tidak menghormati tempat orang. 


"Betul tu, kita respek demo. Bila lagu Negeri Perak berkumandang, kita berdiri tunjuk hormat. Masuk gang-gang casual, rusak akhlak," kata Mohd Hasnul Amri.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo