Slider

Gadis maut dilanggar & digilis teman lelaki yang hilang kawalan ketika bergaduh



Seorang lelaki di China telah ditahan selepas melanggar teman wanitanya beberapa kali dengan kereta miliknya. 


Menurut jurucakap polis tempatan, kejadian itu berlaku di Tangshan, Hebei, China pada 2 Ogos lalu jam 11.53 pagi dan mengesahkan pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan seorang wanita dirempuh kereta. 


Sepasukan polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati, suspek mengakui di bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan wanita itu. 


Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wang, telah dikejarkan ke hospital, tetapi doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 


Suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum berjaya ditahan pada hari yang sama.


Video kejadian turut tular di media sosial yang menunjukkan suspek menggilis mangsa beberapa kali. 


Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu dengan menarik mangsa ke tempat yang selamat. Namun, belum sempat berbuat demikian, suspek memecut dan terus melanggar mangsa, membuatkan orang ramai berlari menyelamatkan diri. 


Suspek yang sudah hilang kawalan, membuat pusingan beberapa kali semata-mata mahu menggilis mangsa sehingga lunyai.


Sumber: Mothership, Apple Daily

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo