Slider

Guna dana SRC beli jam tangan mewah RM584,491, antara punca Najib dipenjara 12 tahun

Foto Whale Hunting


Sebahagian dari dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, digunakan untuk membeli seutas jam tangan mewah bernilai RM583,491, antara punca yang menyebabkan bekas perdana menteri, Najib Razak, dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun. 


Pengarang bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright mendakwa, pembelian itu berlaku semasa Najib melawat bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii. 


Menurut Tom, Najib membeli jam tangan itu sebagai hadiah hari jadi kepada isterinya, Rosmah Mansor, di mana pembayaran itu diuruskan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dibayar menggunakan wang dana negara. 


"Dia (Najib) melawat Obama di Hawaii, namun terpaksa pulang ke Malaysia yang ketika itu mengalami bencana banjir. Isterinya (Rosmah) marah kerana percutian mereka terpaksa dipendekkan. 


"Jadi, Najib membawa Rosmah ke kedai jam tangan mewah dan membeli seutas jam mewah bernilai $130,000 (RM583,491) sebagai hadiah hari jadi.


"Pembayaran dibuat menggunakan kad kredit yang diuruskan oleh Jho Low (dibayar menggunakan dana kerajaan Malaysia). Tetapi kad itu pada mulanya tidak dapat digunakan. Najib kemudian menghantar mesej kepada Jho Low melalui Blackberry dan Jho Low menguruskan masalah itu. 


"Akhirnya, kad kredit itu dapat digunakan untuk membuat pembayaran," katanya. 


Dalam ciapan seterusnya, Tom menceritakan bagaimana dia berusaha mendapatkan maklumat itu daripada kakitangan premis berkenaan yang dikunjungi oleh Najib dan Rosmah. 


"Di premis cawangan Ala Moana, seorang jurujual wanita (Cina) meminta saya menunggunya habis waktu bekerja. Saya duduk menunggu selama enam jam di Starbucks. Dia memberitahu saya bagaimana Najib datang dengan Rosmah untuk membeli jam mewah bernilai $130,000. 


"Jurujual itu berkata dia berasal dari China dan betapa dia membenci kegiatan rasuah, semasa saya menjelaskan kepada dia tujuan saya mendapatkan maklumat itu. 


"Kemudian kami mendapat transkrip mesej Blackberry milik Jho Low, yang menunjukkan dia menghubungi Najib berhubung isu kad kredit di kedai tersebut. Dan kami mempunyai dokumen bank yang menunjukkan kad Najib dibiayai dari 1MDB. 


"Selesai pembelian di kedai itu, Najib pulang untuk meninjau keadaan bencana banjir di Malaysia yang menyebabkan 200,000 mangsa kehilangan tempat tinggal," katanya. 





Sumber: Twitter TomWrightAsia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo