Slider

'I’m sorry daddy' - Yana luah rasa sedih, dakwa perjuangan bapanya 'Bossku' masih belum tamat



Hari ini, Malaysia digemparkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalani hukuman 12 tahun penjara bermula hari ini.


Laporan Bernama, Mahkamah Persekutuan pada Selasa 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Mengetahui keputusan itu, sekumpulan penyokong tegar Najib di luar mahkamah sebak dan menangis teresak-esak. 


Perasaan yang sama turut dirasai oleh ahli keluarga Najib sendiri dan baru sebentar tadi, anak perempuan Najib, Yana, meluahkan rasa sedihnya dengan situasi yang dihadapi oleh bapanya. 


“Maafkan saya ayah. Mungkin kita tidak melawan dengan cukup kuat. Mungkin kita terlalu meletakkan kepercayaan kepada sistem keadilan,” tulisnya di Instagram. 


Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya, Yana berkata, selama empat tahun mereka berjuang untuk menegakkan keadilan, tetapi keadilan akhirnya tidak berpihak kepada bapanya. 


“Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam tujuan dan matlamat supaya kita berdiri melawan selama empat tahun ini.


“Namun kamu tidak mendapat keadilan kamu hari ini, tidak juga kita mendapat peluang untuk melawan semula,” katanya. 


Ujarnya lagi, perjuangan mereka tidak terhenti di situ sehinggalah bapanya dibebaskan. 


“Tetapi Bossku tidak terhenti disini. Saya berjanji kepada kamu yang ibu, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan penyokong-penyokong kamu tidak akan berhenti sehingga kamu kembali semula kepada kami dan keadilan ditegakkan.


“Kami sangat berbangga dengan kekuatan kamu. Saya akan pegang kata-kata hikmat darimu setiap hari, “mereka boleh kawal semuanya tetapi mereka tidak boleh kawal emosi dan kekuatan minda”…


“Kekal tabah dan kuat, Allah bersama mu, ayahku. Sentiasa bersamamu, untuk sekarang dan selamanya,” tulisnya lagi. 



Menerusi ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan situasi yang dihadapi mereka sekeluarga dan meminta Yana sekeluarga tabah dalam menempuh dugaan sebegini.


Sumber: Instagram Yana Najib

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo