Slider

'Ingatkan orang buang sampah, rupanya...' - Budak maut terjatuh dari tingkat 9 Flat Sri Sabah, Cheras



Seorang kanak-kanak berusia lingkungan 4-6 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 9, Flat Sri Sabah, Cheras, pagi tadi. 


Menurut maklumat (Twitter Rozalina Karim) yang tular di media sosial, mangsa dipercayai memanjat sangkar kucing sebelum terjatuh dan ketika kejadian, ibunya yang sedang berpantang tertidur dengan bayinya. 




Video dan gambar kejadian yang sedang tular semua platform media sosial menunjukkan si ibu bergegas mendapatkan anaknya setelah mengetahui mangsa terjatuh. 


Seorang saksi kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat dan menyangka ada penghuni di tingkat atas membuang sampah. Tetapi sangkaannya meleset apabila mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas. 


"Pagi Jumaat kau jatuh adik. Mati-mati abang ingat orang buang barang dari atas flat. Rupa-rupanya kau yang jatuh. 


"Maafkan abang tak dapat sambut adik. Andai kau masih," kata Foyus Chikanoz. 


Sementara itu, bapa mangsa, merayu kepada orang ramai untuk memadamkan video dan gambar-gambar arwah anaknya. 




"Minta jasa baik semua mohon delete dan padam gambar-gambar serta video arwah anak saya yang jatuh pagi tadi. Saya merayu, minta tolong semua," katanya.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo