Slider

Ira Kazar akan ditahan JAWI untuk siasatan kes ganggu rumah tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof?



Pelakon, Puteri Sarah, 37, sebelum ini mendakwa rumahtangganya bersama pengarah Syamsul Yusof diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar. 


Segala pendedahan mengenai masalah itu didedahkan oleh pelakon berkenaan secara terbuka di media sosial. Puteri Sarah turut memfailkan saman dan dua duan di pejabat agama terhadap Ira Kazar. 


18 Ogos 2022, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah memanggil Ira Kazar hadir ke pejabat untuk membantu siasatan. JAWI bagaimana ennggan mengulas lanjut. 


Difahamkan, Puteri Sarah sudah menahan sabar dan derita selama empat tahun sebelum nekad mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan maruah, menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya. 


Dia juga mengakui sudah tidak duduk sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap dingin.


Dalam laporan terkini Harian Metro, Ira Kazar dikatakan akan ditahan oleh JAWI dan disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang berkaitan dengan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. 


Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan. 


Sekiranya disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo