Slider

'Kami sepakat untuk berpisah, bawa haluan sendiri' - Noh & Mizz Nina bercerai talak satu



Pasangan selebriti Noh Hujan Dan Mizz Nina dilaporkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin. 


Difahamkan, pasangan itu terdahulu memfailkan perceraian di mahkamah sama pada 14 Jun lalu di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah. 


Noh dan Mizz Nina kemudian mengesahkan mereka telah bercerai selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dalam kenyataan di media sosial masing-masing semalam. 


Menurut Noh, keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan secara mendalam dan mereka memilih untuk berpisah secara baik. 


"Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.


"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.


"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik," katanya.



Sebelum ini, Noh pernah ditemubual media yang bertanya mengenai hubungan rumah tanggannya. Tetapi Noh enggan mengulas lanjut dan meminta media tidak bertanyakan soalan mengenai rumah tangga kerana dia hanya akan memberi respon jika pihak media bertanya mengenai soal karier. 



Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman, mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Bulan April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo